Stress & Anger Management

Tahukah anda bahawa stress dan perasaan marah adalah satu perkara yang berbahaya kepada kesihatan dan sering timbul dalam kehidupan kita terutama di dalam organisasi?

Stress

Menurut Ross dan Altmaier (1994), apabila seseorang mengalami stres dan gagal mengawalnya, maka akan wujud tanda-tanda stress seperti simptom psikologi, simptom fisiologi dan simptom tingkahlaku. Simptom fisiologi adalah seperti sakit kepala, tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Simptom psikologi pula merangkumi aspek kebimbangan, ketegangan dan kekurangan kepuasan kerja. Sementara simptom tingkahlaku adalah seperti produktiviti yang rendah dan tidak hadir kerja

Kemarahan

Menurut ahli psikologi T.W. Smith, kemarahan adalah “satu emosi yang tidak menyenangkan yang terdiri dalam intensiti daripada kerengsaan atau kegusaran kepada kemarahan atau kemarahan.”

Kita boleh mengalami perkara-perkara yang boleh membuat kita marah tanpa mengira masa. Antara punca-puncanya termasuk perasaan kecewa, sakit hati, gangguan persekitaran, ketidakadilan dan banyak lagi.

Kesan dari kemarahan yang tidak terkawal boleh mengakibatkan banyak kesan negatif, terutama di tempat kerja. Sebagai contoh, ia boleh merosakkan hubungan professional dengan bos dan rakan-rakan sepejabat; dan ia juga boleh menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan rasa hormat kepada pemimpin, terutama apabila rakyat bertindak balas serta-merta kerana marah kepada sesuatu yang telah dilihat sebagai satu ancaman.

Oleh itu, program ini dirangka khas untuk membantu individu atau organisasi untuk mengatasi masalah stress dan kemarahan melalui proses rawatan dan pemulihan, sekaligus membantu individu tersebut menjadi seorang yang lebih positif, lebih kreatif dan lebih bertenaga.