fbpx

PUNCA SAKIT SENDI DIDEDAHKAN (Ep 1)

Posted by | February 16, 2015 | Uncategorized | No Comments

°°”Bang, saya sakit bahulah..Macam mana nak buat eh?”
°°”Tuan, pinggang saya sakit dah lama ni.. Saya dah buat exercise macam kat youtube tapi tak berkesan”

Soalan-soalan ni memang selalu saya dapat, tapi susah sangat nak jawab. Kenapa?

Saya bagi satu senario
Amir umur 30 tahun, berat 100kg, kegemarannya bermain Futsal.
Amir terkehel semasa main bola dan kakinya bengkak. Selepas tu, saya nak tanya anda
1. Beliau boleh jalan seperti biasa ke tak?
2. Bebanan dia pindah ke sebelah bahagian kaki yang tak sakit ke tak?
3. Agak-agak postur badannya apabila berdiri tegak ke tak?

So jawapannya mestilah TAK kan…

Ok, sambung lagi. Sebulan selepas itu, Amir mengadu sakit lutut atau pinggang. Jadi adakah sakit lutut atau pinggang yang Amir dapat ni berpunca daripada lutut atau pinggangnya? Hmmm…

Jadi nak tahu selanjutnya, tunggu artikel selepas ini pada hari esok dan waktu yang sama bersama Bahagia Jemali dalam rancangan, “PUNCA SAKIT SENDI DIDEDAHKAN” (macam dalam tv plak..hehehe)

–>Tips
Sakit datang dari pelbagai punca dan penyelesaiannya juga perlu dilihat dari pelbagai sudut. Takde satu prosedur yang “fix for all”.

Sekiranya artikel ini membantu, sila like laju-laju page ini dan share kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CABARAN 'KURUS CEPAT!' AKAN BERMULA OKTOBER 2015 DAFTAR SEKARANG