Program Kesihatan

Satu program gabungan daripada bidang sains senaman dan rawatan manipulatif yang digunakan sebagai pencegahan dan rawatan kepada penyakit yang tidak berjangkit (non communicable disease).

Program Kesihatan

Terapi Senaman (Exercise Therapy)

Antara terapi senaman meliputi program pengurusan berat badan, melatih pesakit jantung, mengawal paras gula untuk pesakit diabetes, strok, sakit sendi dan otot dan banyak lagi. Juga latihan khas kepada pesakit yang baru melepasi pembedahan untuk kembali pulih seperti sediakala

Rawatan Tulang Belakang (Spinal Motion Alignment and Therapy)

Rawatan manupulatif yang membantu membetulkan postur anda agar kembali ke jajaran (alignment) yang betul dapat membantu anda mencegah dan merawat sakit sendi dan otot dengan melakukan teknik manupulasi tulang belakang.

Urutan Sukan (Sports Massage)

Satu kaedah urutan secara saintifik untuk membantu atlit dan orang biasa agar dapat memulihkan kembali tenaga dan juga mengelakkan daripada berlakunya kecederaan. Sesuai juga dilakukan kepada individu yang stress kerja untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik.