Physical Fitness Assessment

Physical Fitness Assessment atau Penilaian Kecergasan Diri adalah satu kaedah pemantauan ukur lilit badan, peratusan lemak serta tahap kecergasan sebelum dan selepas latihan dijalankan. Penilaian ini selalunya diambil sebelum latihan dijalankan. Hasil data yang dikumpul akan direkod dan disimpan secara sistematik dan mengikut kronologi sesi dan latihan yang telah dijalankan.

Kemudian anda akan menjalani latihan dalam tempoh 4 minggu untuk mendapatkan adaptasi terhadap latihan yang baik dan kami akan menilai semula untuk melihat perubahan dan perkembangan yang berlaku dari segi fizikal dan kecergasan.

Selepas anda membuat penilaian kecergasan diri, kami akan merangka perskripsi latihan yang sesuai dengan keperluan dengan menganalisa komponen kecergasan yang perlu dibangunkan secara spesifik. Program ini penting kerana tanpa preskripsi senaman yang betul, matlamat dan objektif anda akan tersasar dan tidak tercapai.