Personal Training

Kami menawarkan perkhidmatan Personal Trainer untuk membimbing anda melakukan senaman dengan teknik yang betul dan efektif, memantau tahap kecergasan anda serta menetapkan program yang sesuai dengan keperluan dan keadaan fizikal anda. Selain itu, kami memberi motivasi kepada anda untuk meneruskan latihan.

Personal Trainer amat diperlukan sekiranya anda memerlukan jurulatih bertauliah bagi memantau dan mengubah tahap intensiti latihan anda kepada sesuatu tahap yang mencabar. Perubahan intensiti latihan dapat meningkatkan tahap kecergasan anda dalam masa yang optimum.

Berikut adalah antara perkhidmatan yang disediakan oleh Personal Trainer:

  1. Memberi panduan bagaimana anda boleh mencapai matlamat kecergasan yang ditetapkan
  2. Pendidikan dan pengetahuan tentang latihan kekuatan, kardio dan pemakanan
  3. Kepentingan menjalankan latihan di gim setiap minggu
  4. Akauntabiliti dalam setiap program latihan yang anda jalankan

Setiap sesi akan dijalankan dalam masa 60 hingga 90 minit. Temu janji pertama dengan Personal Trainer bertujuan merekod data-data anda seperti tahap kecergasan, ukur lilit badan dan juga mengetahui peratusan lemak di dalam badan. Kemudian, Jurulatih Peribadi anda akan memberikan preskripsi senaman yang sesuai dengan objektif dan matlamat anda.

Hubungi kami untuk menetapkan temu janji bersama team Bahagia Jemali!

Personal Training