My Body Fit Camp

Latihan ala “Bootcamp” ini sememangnya dirangka untuk menguji kesemua komponen kecergasan fizikal peserta. Latihan dijalankan secara berkumpulan sememangnya akan sangat menyeronokkkan.

Kelebihan dan faedah latihan berkumpulan dengan program seperti ini antaranya adalah:

1. Rakan baru

Mana yang lagi best? Training seorang-seorang ke atau dengan kawan-kawan. Latihan dalam kumpulan dengan rakan yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama dengan kita pasti satu perkara yang menyeronokkan. Disamping itu juga, kita dapat menambahkan “networking”.

2. Motivasi

Mengapa sesetengah orang gagal untuk KURUS? Kerana salah satu KUNCI kejayaan untuk seseorang itu kurus adalah MOTIVASI. Kita akan sentiasa bersemangat apabila melihat kesungguhan rakan-rakan yang lain.

3. Cabaran

Semua orang sukakan cabaran. Setiap cabaran yang dilalui akan membuatkan diri anda semakin kuat, semakin bersemangat dan semakin fokus untuk mencapai matlamat anda.

4. Aktiviti yang seronok

Keseronokan dalam melakukan latihan adalah sangat penting. Aktiviti bersama rakan-rakan yang mempunyai matlamat yang sama akan mewujudkan satu suasana dan aura yang positif didalam diri anda.

5. Komuniti yang sihat

Perkara yang penting sekali adalah kita dapat bersama mewujudkan satu komuniti yang mempunyai satu matlamat dan sentiasa memberikan sokongan dan dorongan antara satu dengan lain untuk mencapai impian yang sama.

Antara protocol yang dijalankan didalam program MY BODY FIT CAMP ini adalah

  • Physical Fitness Assessment
  • Latihan selama 12 sesi (termasuk dengan program PFA)
  • Latihan dijalankan oleh Jurulatih yang berpengalaman
  • Penglibatan Diet Konsultan didalam program
  • Tempat latihan yang tetap
  • Dijalankan seawal jam 6am
  • Kolaborasi dengan pakar-pakar didalam bidang kecergasan
  • Hadiah pemenang berdasarkan pengurangan SAIZ bukan BERAT badan

TESTIMONI MY BODY FIT CAMP