fbpx
Kenapa perlu massage?…
Soalan ni lazim ditanya.  Kalau saya terima soalan ni, saya akan tanya kembali, Kereta awak perlu servis tak?..
Kadang-kadang ada yang tak nak massage kerana kosnya mahal.  Tapi pernah tak kita merungut untuk servis kereta? Kenapa kita menjaga kereta lebih daripada badan kita sendiri?… Pernahkah anda fikirkannya?  Mementingkan objek yang tidak hidup berbanding dengan diri anda sendiri?…
So, untuk pemahaman semua, badan kita diciptakan untuk bergerak.  Oleh itu setiap pergerakan yang dilakukan akan mengakibatkan otot kita stress dan jika ianya tidak dikekang pada peringkat awal, stress yang terlampau akan menyebabkan kita mendapat penyakit atau kecederaan.  Mari kita lihat rajah kitaran sakit (pain cycle) di bawah….
Apabila seseorang itu stress atau sakit, ototnya akan menjadi tegang.  Ketegangan ini akan mengakibatkan otot tersebut menjadi tension dan sekaligus akan mengurangkan perjalanan darah ke seluruh badan.  Kita perlu tahu bahawa darah membawa oksigen ke seluruh badan dan jika oksigen tidak dapat sampai, maka otot tersebut tidak akan relaks.  Maka, sakit tersebut akan bertambah, bertambah dan bertambah sehingga menjadi kronik.
Kita boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan langkah pencegahan.  Buatlah massage sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk me’release’kan muscle tension, mengeluarkan toksik-toksik yang berkumpul, meningkatkan prestasi dan kualiti hidup seseorang individu
Oleh itu, janganlah anda abaikan kesihatan anda.  Buatlah sesuatu untuk mereleasekan otot anda dan berilah badan anda belaian dan manjaan untuk memastikan ianya dapat berfungsi dan bekerja untuk jangaka masa yang panjang.  MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT….
Jika kereta anda perlu servis, badan anda juga begitu (massage).  Jika kereta anda perlu maintenance,badan anda juga begitu (bersenam).  Jika kereta anda diperlu repair, anda juga begitu (operation)