tentang-bahagia-jemali

FITNESS  CAMP adalah satu program yang dirangka khas untuk membawa peserta keluar dari zon selesa mereka.

Mereka akan menjalankan segala cabaran dan rintangan yang telah disediakan untuk menguji tahap kecergasan fizikal mereka. FITNESS CAMP boleh dijalankan samada aktiviti penuh sehari atau bermalam (menginap).

Konsepnya adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan menjaga kecergasan untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik.

Aktiviti yang disediakan adalah berkonsepkan gabungan daripada aktiviti kecergasan dan rekreasi. Peserta akan mengikuti program yang disediakan ataupun organisasi boleh berbincang untuk merangka program yang difikirkan sesuai untuk ahli mereka

Antara program yang kami sediakan adalah:

Kemahiran Tali Rendah dan Tinggi

Program ini dirangka untuk menguji kerjasama dan keberanian peserta dalam melakukan aktiviti yang agak ektreem ini. Daripada program seperti Abseiling sehinggalah membina gajet atau peralatan dengan menggunakan kemahiran tali (mengikut kesesuaian peserta), ia pasti satu pengalaman yang sangat menyeronokkan dan berharga di dalam hidup anda.

Aktiviti Team Bulding

Satu organisasi yang besar mempunyai pelbagai masalah. Kami ada jalan untuk membantu mereka bersatu dengan aktiviti yang kami sediakan. Didalam program Team Building, banyak elemen yang akan diterapkan seperti kerjasama, kepimpinan, membuat keputusan, bertoleransi dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti yang disediakan akan mencabar keupayaan pasukan mereka agar lebih kreatif dan kritis dalam membuat keputusan.

Aktiviti Permainan Tradisional

Membangkitkan kenangan dan nostagia permainan zaman datuk nenek moyang kita dan disamping itu dapat mengeratkan hubungan didalam ahli kumpulan. Banyak permainan tradisional yang dapat menguji kecergasan fizikal kita antaranya galah panjang dan baling selipar.

Aktiviti Kecergasan

Aktiviti kecergasan berkumpulan sesuai dijalankan didalam program ini. Ia adalah satu senaman mudah yang dapat dilakukan oleh semua golongan samada lelaki atau wanita. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Circuit Training, Senamrobik, Bootcamp dan berbagai lagi.

Ekspedisi Menawan Gunung Kinabalu

Satu program latihan khas selama 4 bulan akan dirangka sebagai persediaan untuk mendaki. Peserta yang ingin menyertai mestilah sihat tubuh badan dan bebas daripada segala penyakit kronik. Jadual latihan akan disediakan dan peserta yang menyertai dikehendaki menjalani latihan yang disediakan secara sistematik sebelum pendakian dilakukan.

Ekspedisi Berkayak

Ekpedisi ini dijalankan untuk menjelajah tempat-tempat yang tertentu dengan menggunakan kayak. Kebiasaan ekpedisi ini akan mengambil masa 2 hingga 3 hari dengan menggunakan kayak dari satu tempat ke satu tempat.

Physical Fitness Assessment

Ia adalah satu bentuk kesedaran kepada peserta untuk mengetahui tahap kecergasan dan kesihatan mereka. Malah melalui program ini, peserta dapat mengetahui perbezaan umur mereka biologi dan umur kronologi agar mereka dapat membuat perbezaan.

Dan pelbagai lagi

Kami bersedia untuk melakukan perbincangan dengan aktiviti-aktiviti yang difikirkan sesuai dengan organisasi anda atau anda boleh mengikuti program yang dikelolakan oleh kami

Aktiviti kami berdasarkan kesesuaian dan kehendak peserta dan kami menganjurkan FITNESS CAMP ini mengikut beberapa kumpulan iaitu:

  • Kumpulan Korporat & NGO
  • Kumpulan Wanita
  • Kumpulan Kanak-Kanak

Camping adalah aktiviti rekreasi luar elektif. Secara umumnya diadakan, para peserta meninggalkan kawasan maju untuk menghabiskan masa di luar rumah dalam lebih yang asli dalam mengejar aktiviti menyediakan mereka keseronokan. Dianggap sebagai “perkhemahan” sekurang-kurangnya satu malam dihabiskan di luar rumah, yang membezakan ia dari hari tersandung, berkelah, dan aktiviti rekreasi jangka pendek lain yang sama.

Camping mungkin melibatkan berlindung di udara terbuka, khemah, kafilah, menggiring, atau struktur primitif. Mewah mungkin unsur, kerana pada awal safari Afrika abad ke-20, tetapi termasuk penginapan di struktur tetap serba lengkap seperti kem sukan mewah di bawah panji-panji “perkhemahan” mengaburkan garisan.

Perkhemahan sebagai aktiviti rekreasi menjadi popular di kalangan golongan elit pada abad ke-20 awal. Dengan masa, ia berkembang lebih demokratik, dan pelbagai. Peserta moden kerap umum milik sumber semula jadi seperti negara dan negeri taman, kawasan hutan belantara, dan campgrounds komersial. Camping adalah bahagian penting dalam organisasi banyak remaja di seluruh dunia, seperti Pengakap, yang menggunakannya untuk mengajar kedua-dua berdikari dan kerja berpasukan.